Sunday, March 23, 2014

-16-

Aku Cinta Dia

Aku adalah dia,
Dia adalah aku,
Kami telah menjadi satu.

Ikatan ini tak akan terurai
Bunga cinta ini tak akan layu
Sehingga ke hujung nyawa, dia tetap di hati ku
Itulah harapan ku.

Ya Allah,
Moga cintaku kepadanya
Tidak mengatasi cintaku kepada-Mu
Oh Tuhan, pegangilah aku.


-Bebayang-
20-03-2014
2:52PM


Thursday, March 6, 2014

welcome 2014 !!!!

haizzz...dah bulan MARCH baru sibuk-sibuk nak wish kan? apa nak buat...sejak hidup berdua ni, tak sempat sangat nak melayan perasaan.

berdua? YA, masih berdua korang...dah dekat dua tahun dan kami masih berdua. usaha kami belum menampakkan hasil. supplement? jus perawan? vitamin? ubat hormon? dah..semua sudah dicuba. dan sekarang stay dengan jus perawan. sebab best!! macam perawan je..hahaha. nak kate jumpa doktor pulak, memang dah jumpa. doktor kata tak ada masalah.. tapi belom jumpa gynae lagi...entah lah, sejak usia perkahwinan mencecah satu tahun ku dah ajak encik suami bawa aku date ngan gynae. tapi ajak-ajak ayam je la sebab masa tu tak rasa sangat nak ada baby. entah kenapa encik suami tak nak. nanti-nantilah katanya. baru-baru ni aku ajak lagi encik suami, dan dia hanya diam tanda tak setuju. kali ni aku ajak betul-betul tau..bukan ajak-ajak ayam. ye la, dah nak dua tahun beb! kalo ada baby, dah berlari dah dia.

plan nya dia nak bawak aku berurut. tapi sebelum ni pon dah pernah urut dan tukang urut kampung kami bagi tau aku tak ada masalah, semua dah cantik. mungkin belum rezeki katanya. encik suami kate, kali ni pergi date dengan tukang urut lain pulak...ye lah, ikutkan je lah walaupun ku secara peribadinya lebih percaya kepada ilmu sains berbanding urut-urut ni. tapi dah namanya usaha kan? cuba aje lah...insyaAllah minggu depan pergi lah aku berurut lagi...mudah-mudahan Allah memudahkan jalan kami untuk memperoleh zuriat. Amin...

Encik suami kata, zuriat itu rezeki dari Allah...kita cuma usaha, yang tentukan ada atau tak tu semua kerja Allah...tapi aku agak terasa lah kat sini. dia kata"kita", tapi yang usahanya aku. dia tak payah usaha apa-apa ke? semua salah aku la ni? ermm, dan aku pon memulakan episod tarik muka kat encik suami. Tapi tu cerita malam tadi...carita pagi ni, aku bangun tidur dengan rasa senggugut yang sangat teruk. erkk, teruk ke? OK lah kawan2, aku jarang senggugut yang teruk2 okeh..jarang sangat2. jadi bila aku rasa sakit tu sampai menular ke pangkal peha dan sendi lutut, aku dah rasa tak sedap hati. bila fikir balik, sakit ni mungkin berpunca daripada tenyen / stress yang melampau. jadi aku salahkan diri sendiri lah...sape suruh tensyen sangat2. Zuriat tu kerja Allah. bukan kerja kita. tak payah ler nak ganggu urusan Allah...

fuhh, lega rasa. terus aku cari encik suami tadi. aku senyum puas2 kat depan dia, konon-kononnya nak qada' senyum malam tadi yang aku terlupa nak bagi pada dia la tu....hahahaha.

Moral of the story, tak payah nak sedih2 sangat kalau impian korang belum terlaksana. mesti ada sebab semua ni berlaku. InsyaAllah, sampai masanya nanti, kalau korang terus berusaha nak gapai impian korang, Allah akan buka jalannya dan insyaAllah, impian itu akan terlaksana juga. Asalkan kita tak berputus asa, dan jangan berperasangka buruk kepada Allah. Percayalah dengan ketentuannya. Pasal hal sekeliling, biarlah mereka dan keluarga mereka. Mereka terlupa yang setiap satu yang berlaku kepada mereka, aku, kita, dia, dan semua makhluknya adalah ketentuan Allah..kalau diaorang kutuk korang, diaorang yang akan jawab dengan Allah. Korang pualk yang dapat pahala sebab bersabar. Alhamdulillah....

perghh, panjangnye entri hari ni. sorry guys...sesi meluah perasaan pulak ni. sila lah abaikan kalau korang tak larat baca ye...dan di harap, kalau korang kenal siapa aku si penulis entry ini, janganlah bawa cerita ini keluar dari sini. cukuplah sekadar di sini. dan kalau ada yang senasib dengan aku, kenal ke tak kenal ke, korang tabah k? jangan putus asa...dan yang penting, jangan stress. nanti senggugut sendiri yang sakit. hehehehe..

erkk, macam tak sesuai je tajuk entry ni kan? ahh, biar lah. bukan tengah jawab exam pon. hahaha...bubye korang...wassalam... :)

p/s: tolong doakan kebaikan untuk kami...mudah-mudahan kami akan dikurniakan zuriat tak lama lagi. amin.... (ni lah tujuan sebenar post ini...nak mintak korang-korang doakan yang baik-baik untuk kami suami isteri.. ;)