Sunday, April 23, 2017

Impian Yang Masih Belum Tercapai

Hai.

Tak lama lagi, genap 5 tahun kami bernikah.  Banyak pahit manis dh kami lalui.  Nak dipendekkan cerita,  kami masih menantikan seorang zuriat buat pelengkap hidup kami.

Bukan x usaha. Macam2 usaha dh kami buat.  Tapi semua tu lebih kepada aku la. Pergi berurut,  jumpa pengamal tradisional,  buat rawatan kesuburan n jumpa pakar,  makan jamu dan herba..apa lagi yang aku x buat?  Semua yang aku mampu,  aku dh buat. Mungkin orang x tau. Tapi aku n suami aku tau.

Awal perkahwinan,  sangat stress bila org tanya pasal baby. Tapi bila dah masuk tahun ke 3, aku dah lali. Setiap kali ditanya,  cuma mampu jawab rezeki dari Allah.. Reaksi diaorg?  Macam2.  Terpulanglah.. Mungkin diaorg x pernah rasa, jadi kurang prihatin dgn perasaan org mcm aku ni. Aku maafkan mereka. Aku doakan mereka dan keturunan meraka tak akan lalui apa yang aku rasa.

Bukan senang korang nak hadap pertanyaan2 caci maki perli tu semua. Mujur suami aku orang yang penyabar.. Dia terima aku seadanya. Moga Allah kurniakan rahmat seluas lautan buat suamiku yg tercinta. Dia yang selalu ada di sisi.  Tak pernah memaksa apatah lagi mengeji.  Malah dialah yang selalu pujuk aku, beri semangat kepada aku.  Aku bersyukur sangat2 kerana Allah anugerahkan dia Sbg imam hidupku.

Start tahun lepas,  dia dah mula bukak cerita pasal anak angkat. Katanya, kalo ada rezeki,  dia nak ambil anak angkat.  Dia mintak pendapat aku. Aku sokong je.. Tapi kalau boleh,  biarlah ambik anak yatim piatu.. Selain pahala yg besar,  in future tak nak la ade org yg nak rampas anak tu kan.. Kita sayang dia dari kecik,  tiba2 dah besar kang diA tanya pasal keluarga asal.. Kalau anak yatim piatu yang sebatang kara,  tak susah untuk kite terangkan ye tak?  Tapi sampai sekarang kami belum ada rezeki nak ada anak angkat..

Sekarang aku dah makin tenang dan dapat terima suratan takdir ni. Tapi diam2,  hati tetap terasa Sunyi n akan pecah la kolam air mata ni buat kesekian kalinya...baru-baru ni,  laki aku cerita pasal impian dia utk tahun depan.. Nak bina rumah sendiri. Ye la berapa lama lagi nak menyewa kan.. Insyaallah,  lagi 2-3 tahun,  kami akan duduk kat rumah sendiri.. Muda-mudahan rezeki zuriat jugak akan datang dalam tempoh masa terdekat ni..

Target aku,  aku nak jadi fulltime housewife..nak jadi isteri dan ibu sepenuh masa kpd anak dan suami aku. Mungkin beberapa tahun lepas hutang kereta aku habis.. Ye la.  Nak berenti pon Kena pk gak tanggungan yang ada... N masa tu insyaAllah adik2 aku dah ramai habis belajar.. Aku rasa cukuplah aku tolong diaorg smpai habis belajar. Lepas tu turn diorg pulak tolong mak abah...

Bukan aku x nak tolong mak abah lagi.. Tapi aku rasa penat sangat. Terlalu penat. Kerja aku bukan senang.. N aku pon ade impian aku sendiri.. Aku nak fokus pd keluarga aku. Aku nak fokus pd usaha aku utk dapatkan zuriat... Bebanan kerja selama ni sebabkan aku tak dapat jaga diri aku dari stress. N aku rasa itu salah satu punca aku x mampu hamil lagi smpai skrg..

Jadi,  aku harap sangat2 impian aku nk jadi suri rumah sepenuh masa akan tercapai... Moga Allah bukakan jalan dan rezeki yang melimpah ruah kpd suamiku. Nanti kalo dia dah mampu bg duit belanja lebih pd aku,  sebahagiannya boleh aku bg pd mak abah.. Jadi xde la rasa bersalah sgt kalo x keja.. Hihi.

Ok tu je la coretan utk hari ni. Moga impian kita semua akan terlaksana.. Amin...

Wednesday, April 19, 2017

Cinta Itu Anugerah

Rasa cinta semakin membara tatkala melihat cintaku itu semakin mencintai Pemilik segala cinta. Benarlah dia imam yg terbaik buatku. Moga cinta ini akan terus membawa kami menuju cinta-Nya.. 

Semoga ikatan cinta ini akan berkekalan hingga ke syurga.. Dialah anugerah terindah.  Alhamdulillah.. 

Tuesday, April 18, 2017

I'm Back!

بسم الله الرحمن الرحيم


First update since 2014. Berdebar pulak rasa.


Alhamdulillah. Aku masih diberi nikmat sihat tubuh badan, nikmat selalu dekat dengan suami, mak, abah n mak mertua, nikmat pekerjaan n rezeki yg halal, dan macam2 nikmat lagi yg x dapat aku nk list out semua sbb memang terlalu banyak. Dan yg paling penting, nikmat iman walaupun hakikatnya iman aku senipis kulit bawang. Moga semua nikmat ni akan berkekalan...


Sekarang aku nk update sikit serba serbi pasal diri aku. Maklumlah dah lama menyepi, rindu nk taip even xde point pon nk taip ape hihihi 😁.


1. Status

Alhamdulillah... Masih bergelar isteri kepada seorang suami yg penyayang, kacak, comel, bergaya..bukan nak bodek. My husbn x tau pon blog ni.. Tp jujur nk cakap, dia terlalu sempurna untuk aku. Kekadang rase diri terlalu bertuah sebab Allah hadirkan dia dlm hidup aku. Dia penyabar.. Selalu tau mcm mane nk kawal wife dia yang emo ni. Suamiku adalah anugerah terindah dari Allah, pemilik segala cinta.. Alhamdulillah... 💑


2. Zuriat

Dalam meniti kebahagiaan rumah tangga yg dah hampir genap 5 tahun ni, kami suami isteri masih lagi menantikan kehadiran Cahaya mata.. Sesungguhnya ujian Allah ini amat berat buat kami. Tapi aku bersyukur sbb suami sangat positif. Dia sangat kuat. Mudah-mudahan aku juga akan sekuat dia. Ya. Aku memang x kuat dalam hal ni. Siapa yang x nak ada anak kan. Cuma orang yang mengalami je tahu apa rasanya. Aku ada segalanya kecuali zuriat. Tapi aku tak akan pernah mengalah. Aku akan terus berdoa dan usaha. Harapan aku masih menggunung. Aku yakin perancangan Allah adalah yang terbaik. Aku harap, korang yang sudi baca luahan hati aku ni, tolonglah doakan aku dan orang2 seangkatan dgn aku..moga kami akan memperoleh zuriat yang soleh dan solehah... Amin..


3. Kerjaya

Macam yang aku cakap kat atas tadi, buat masa sekarang ni, aku asa segalanya kecuali zuriat. Alhamdulillah.. Rezeki aku murah.. Agaknya sbb niat aku kerja kot. Ye la. Aku bukan dari keturunan yang berpangkat dan berharta.. Family aku org susah. Kalau aku tak kerja, aku x tau mcm mana nasib adik2 aku. Mak abah aku pon kerja tapi dgn gaji tak seberapa, memang cukup2 je utk belanja harian. Mana nak beli baju n kelengkapan rumah, nak merasa pakai baju raya setahun sekali, nak bayar yuran n belanja sekolah..semua nak pakai duit. Memang aku dah tanamkan azam, aku nk cari kerja sbb nk tolong mak abah aku sementara adik2 aku masih sekolah ni. Harapannya nanti bila diaorg dah kerja, aku boleh resign dengan senang hati dan fokus pd misi nak dapatkan zuriat. Bukan nak kate skrg ni aku x bersungguh. Hello, umur aku bukan makin muda. Aku belajo biologi la dulu kat skolah. Aku tau makin meningkat usia, makin berisiko utk hamil n makin rendah peluang wanita utk hamil. Sebab tu aku x pernah putus asa. Tiap bulan usaha ok...hahaha. Tapi, mungkin belum tiba masanya or usaha aku belum cukup lagi jadi, harapan aku, suatu hari nanti aku akan mampu jadi full time housewife n jaga zuriat dari benih aku sendiri. X perlu nk hire babysitter..aku nk jaga makan minum suami aku n anak2 kiteorg betol2..nk tumpukan sepenuh perhatian pd diaorg. Sbb aku sayangkan keluarga aku.. Miga impian ni terlaksana nanti. Aminnn. Eh, lupe nk bg tau. Aku kerja sbg pegawai eksekutif swasta..dekat je dengan rumah mak abah n mertua aku. Alhamdulillah... Syukur atas rezeki yg diberi pinjam.


Ok la. Cukup kot 3 point ni dulu.. Terubat lah sikit rindu nak menaip. Nanti ade masa kite story2 lagi yep. Hihi.


Wassalam...