Friday, December 30, 2011

-OuT of SeRviCe-

"Belajar daripada kesilapan". Atau dalam bahasa omputeh, "learning from mistake". 
Ada juga orang sebut "sebaik-baik guru adalah pengalaman"



Kedua-dua ayat ni saling berkaitan. Aku rasa lah…tak tau lah  korang rasa camne rasa (ceh, bajet macam ada orang baca la blog yang semak ni. Haha)..Betullah aganya sebab daripada sesuatu pengalaman itulah baru kita tau mana yang salah, mana yang kurang, mana yang boleh diperbaiki…dan pernah tak korang rasa macam nak ketuk kepala sendiri bile sedar kesilapan korang? Mungkin jugak ada antara korang ni yang rasa nak jerit kuat-kuat camni “BODOHnya aku!!!”. Perghh, aku baru kali ni kut rasa frust sangat-sangat sebab dah terbuat satu kesilapan yang memang TERBAIK (nada Boboiboy). 3 hari tak boleh tidur kut. Plus, ada masalah sampingan pulak yang tetibe muncul entah dari mana. Bila masalah kerja dan peribadi barsatu, wah, tak dapat bayang la perasaan hatu. Macam orang tak betul pon ada. Haha.

Eh, jauh pulak melencong. Berbalik kepada topik asal. Nak dipendekkan cerita yang dah memang sedia pendek ni, perasaan apabila melakukan kesilapan tu lah yang menyebabkan aku serik untuk ulangi kesilapan tu. Jadi, aku memang benar-benar belajar daripada kesilapan. Tapi, bila difikir-fikir balik, berapa banyak kesilapan perlu aku buat barulah aku boleh belajar tentang sesuatu perkara? Aishhh, perasaan oh perasaan. Sabarlah yer? Huhu.

Dan untuk renungan bersama, bolehlah kita baca dan selami makna ayat kat bawah ni. tatau lah ada kaitan tak dengan cerita kat atas tadi tapi alang-alang terbaca, aku letak jer lah kat sini. Mudah-mudahan ada manfaatnya. ;-)



Firman ALLah Azza Wa Jalla (Suratul-Kahfi :109) 

قُل لَّوْ كَانَ الْبَحْرُ مِدَاداً لِّكَلِمَاتِ رَبِّى لَنَفِدَ الْبَحْرُ قَبْلَ أَن تَنفَدَ كَلِمَاتُ رَبِّى وَلَوْ جِئْنَا بِمِثْلِهِ مَدَداً 

"Katakanlah (wahai Muhammad) Kalau sekiranya seluruh lautan itu dijadikan tinta untuk (menuliskan) kalimat-kalimat Tuhanku, sudah tentu akan habis kering kontang lautan itu sebelum habis tertulisnya kalimat-kalimat Tuhanku,walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan.” 






* Sekadar ingin berkongsi kata-kata seorang teman, sebanyak manapun ilmu seseorang  manusia tu, sepandai manapon dia, sebanyak manapun cgpa yang dia padat masa kat U dulu, setinggi manapun pangkat dia sekarang, sebenarnya ilmu dia tu tak sampai setitik pun dari ilmu Allah..

Alhamdulillah…terima kasih, Mr. Heart!! ;-)

Tuesday, December 20, 2011

syukur

dah lebih enam bulan..walaupun baru konvo secara rasmi lebih kurang 3 bulan lepas, sedar tak sedar dah lama rupanya aku bekerja kat situ. tapi makin lama, makin berat pulak rasa. kenapa ek? (teringat kat pak gat umt. cuma sebaris kata ku luah, dia dah dapat cam aku orang johor...katanya sebab banyak guna "ek". ye ke? tak sedar la pulak...huhu.)

berbalik kepada topik asal. kenapa makin lama makin berat semacam je ni? ermm, pikir2 balik agaknya sebab ku terlupa makna satu kata ni..."syukur"..

mudah-mudahan mulai hari ni ku dapat selami makna kata tersebut. amin... :-)

Sunday, October 23, 2011

-14-

bukan aku yang pilih dia
tapi Allah yang pilih dia untuk aku

*kata hati*
perlukah aku ragu?

Thursday, October 13, 2011

-13-

kadangkala aku keliru
Oh Allah,
pimpinilah aku..

12/10/2011
12.44pm

Sunday, October 9, 2011

Wednesday, August 31, 2011

-tertarik 4-

“Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.”
(Surah al-Hujurat, ayat 6).





*memang susah kawal mulut, lebih-lebih lagi bila berbual dengan kawan kamcing kan? mula-mula je dah tempah dosa mengumpat. silap-silap, dapat "free gift"  dosa menfitnah sekali. masyaAllah...*

Monday, August 29, 2011

-11-

bukan tak tahu nama,
tapi tak pernah bersapa.

bukan tak pernah bersua muka,
tapi tak pernah cuba berbicara.

dia ke hulu aku ke hilir,
dia ke kiri aku ke kanan,
kalau terserempak buat-buat tak nampak.

kata hati:
"sombongnya senior ni. menyampah!"

*tersenyum*

benar kata orang,
tak kenal maka tak cinta..




# terimbau kenangan di alam persekolahan..susah nak percaya. :)

Friday, June 3, 2011

-10-

engkau hadir
ketika aku kesakitan

segala-galanya terlalu pantas
sekelip mata segalanya berubah
mungkin aku keliru 
tapi ku tak ragu

Ya Allah,
aku pohon restu-Mu
peliharalah kesucian persahabatan ini
semoga kesudahan yang baik
akan menjadi milik kami
amin..


03/06/11
10:22 AM
-bebayang-

-9-

memang itu pinta ku
tapi bukan itu mahu ku

 *tersenyum*

tiada apa yang ku mahu kini
hanya berharap restu dari-Nya

benar, hati ku berkata
inilah jalannya
biarpun aku tidak mengingininya
tapi keinginanku bukan apa-apa
redha-Nya lebih utama


03/06/11
9:37 AM
-bebayang-

Thursday, June 2, 2011

-tertarik 3-

"Mencintai seseorang itu adalah hak kita, namun memiliki seseorang yg kita cintai tanpa ikatan rasmi itu bukan hak kita.

Jangan pernah takut untuk melepaskan sesuatu yang belum berhak untuk kita miliki. dia pasti akan kembali andainya Allah memang jadikan dia untuk kita, atau Allah akan gantikannya dengan seseorang yang jauh lebih baik dari yang kita cintai itu.

Jangan pernah takut kehilangan sesuatu yg BUKAN menjadi hak kita, jangan kau tangisi apa yang bukan milikmu. sesungguhnya, Allah lebih tahu"




(ku terbaca lagi. moga perkongsian ini diberkati. amin)

02/06/11
10:22 AM
-bebayang-

-8-

akhlak itu cerminan diri
cantik akhlak, cantik lah dirinya
semoga
tertutup itu lebih indah.. :)


02/06011
10:15 AM
-bebayang-

-tertarik 2-

"..Jika tidak mampu menjadi garam yang memasinkan ikan,jangan jadi lalat
yang membusukkannya..

Jika tidak dapat mengucapkan perkataan yang baik,banyakkan diam..

Jika memberi nasihat dirasakan terlalu berat,cukuplah menghulurkan doa dan munajat.."

(ku terbaca dan sekadar ingin berkongsi. semoga ada manfaatnya)



02/06/11
10:09 AM
-bebayang-

-tertarik-

"If you spend too long holding on to the one who treats you like an option, you will miss finding someone who treats you like a priority"

(memetik kata-kata seorang teman. bagiku, kata-kata ini sangat menarik)


02/06/11
10:00 AM
-bebayang-

-7-

Ya Allah, 
berikanlah aku ketulusan sebuah kasih, 
agar kebahagiaan menjadi milik ku kelak.

Seandainya Kau utuskan sebuah kasih untuk ku, 
lingkarilah ia dengan cinta-Mu Ya Allah, 
agar aku bisa terus berada
di atas landasan yang menghubungkan aku dengan Mu
amin..

(memetik kata-kata seorang teman)


02/06/11
9:11 AM
-bebayang-

Wednesday, June 1, 2011

-6-

hidup adalah suatu anugerah
tak akan ku sia-siakan pemberian ini
sungguh,
semalam adalah sejarah
dan itulah anugerah terindah
yang mengajar ku erti hidup

namun, 
bisakah aku terus hidup dalam sejarah itu?
bisakah masa terhenti seketika untuk menunggu ku?
bisakah?
mustahil !!

selagi aku masih bernyawa
aku akan terus tabah
menapak ke depan
dengan senyuman terukir mekar
biar ku buru masa depan ku
kerana 
hidup ini adalah anugerah


01/06/11
8:33 PM
-bebayang-

-5-

aku
mengatur kehidupan
tanpa kepastian yang jitu
kerana masa depan bukan dalam genggaman ku

disetiap detik waktu
ku lewati usia ini
tenang tapi bimbang
adakah ini yang terbaik?
benar, aku keliru

semoga
redha-Mu sentiasa mengiringi langkah ku
Ya Allah,
Engkau lah tempat ku bergantung harap
tenangkanlah hati ku dengan rencana-Mu


01/06/11
4:48 PM
-bebayang-

-4-

cahaya itu
kini ada di sini
terlalu hampir kedudukannya dengan ku
namun bisakah aku miliki?

Ya Allah,
jika cahaya itu adalah yang terbaik untuk ku
jika cahaya itulah yang akan membawa ku kepada-Mu
dekatkanlah hati ku kepadanya
permudahkanlah..
agar aku damai dalam ketentuan-Mu
amin..


01/06/11
4:24 PM
-bebayang-

-3-

semoga,
setiap tingkah ku
setiap langkah ku
adalah kerana-Mu.

mungkinkah impian kami terlaksana?
ku pohon restu dari-Mu.
Ya Allah,
permudahkanlah urusan hamba-Mu ini
amin..




01/06/11
12:15 PM
-bebayang-

nota kaki: (x suke tanam anggur lame. huk huk)

-2-

oh, kamu yang di situ
cukuplah
ku sudah penat
maaf, ku bukan boneka

01/06/11
11:53 AM
-bebayang-

-1-

Ia
terlalu berbeza
hadirnya tanpa diduga
yakinku terbina untuknya
segalanya hanya tiba-tiba

Ya Allah,
ku pohon restu-Mu
semoga Engkau berkati
amin.

01/06/11
11:14 AM
-bebayang-