Sunday, December 23, 2012

erkk ~

Semua yang pernah aku miliki, telah aku miliki, sedang aku miliki, dan bakal aku miliki adalah pijaman dari-NYA. Mungkin bukan untuk aku sendiri, tetapi untuk dikongsi. Alhamdulillah... :)

Nota hati: Niat asal nak post di FB tapi tak jadi. Rasanya lagi elok post kat sini.

Mood: saya takut kepada fitnah. jadi, haruslah saya elakkan diri...ye tak? :D

Friday, December 7, 2012

BUKAN SUKA-SUKA

Rasa nak beli tanah la kat kampung...Nak bercucuk tanam. Kalau tak pun, nak buat projek penternakan. Boleh jadi "side income". Kalau setakat makan gaji ni, dapat simpan sikit je setiap bulan. Tapi, kena beli kereta dulu..Perghh, impian boleh tahan kan? Hehehe. OK la kut...Bak kata orang, kalau ada impian, barulah ada matlamat. Eh, ada ke orang kata macam tu? Entah-entah aku sorang je yang cakap. Haha.

-Impian itu adalah hala tuju usahaku-

Sekian. Moga dipermidahkan. Amin :)

Sunday, November 18, 2012

Bebel

dah dekat 6 bulan. sampai sekarang, gambar majlis kawin kami masih belum siap. kepada jurufoto2 di luar sana, silalah memahami dan menjaga hati pelanggan anda. bukan kata nak telefon, kita mesej pon tak dilayan. kalaulah macam ni keadaannya, macam mana kami nak tolong promote awak punya servis? saya boleh je nak letak link awak kat dalam blog yang tak ada orang tengok ni, tapi apa yang saya dapat kalau buat macam tu kan? dan saya pon tak tau apa yang saya dapat dengan membebel di blog ni, tapi saya peduli apa? yang saya tau, servis awak sangat2 teruk. sekian untuk awak, dan kesian untuk kami. Wasalam.

Friday, November 16, 2012

Impian


Heeeee..ni lah kami -suami isteri- bukan -bf gf- tau. haha

Sampai saat ini, sukar nak percaya orang dalam gambar tu adalah suamiku. Masih teringat lagi, saat pertama kali dia menggenggam erat tangan ini setelah sah lafaz sakinah. Sejuk betul tangan dia waktu tu. :)

Sejak itu, dialah teman hidupku yang paling aku cintai. 

Tak tau kenapa, depan dia aku jadi macam bukan diriku -murah air mata, manja, ceria, sanggup mengalah-
Erkk, SANGGUP mengalah yer, bukan SELALU mengalah. Haha. Penekanan perlu diberikan di situ sebab yang selalu mengalah sebenarnya adalah suamiku yang tercinta..Dia sangat penyabar. Alhamdulillah... :)

Suamiku itu orang yang pernah (suatu ketika dulu) aku minati dalam diam -tak pernah berborak walau sepatah- dan terpaksa melupakan orang itu atas sebab-sebab tertentu, dan terus mematikan semua angan-angan tentang orang itu. Dan untuk suatu tempoh waktu yang panjang, aku langsung tidak pernah ada apa-apa hubungan dengan orang itu walaupun pada hakikatnya kami tinggal sekampung dan bersekolah di sekolah yang sama. 

Sampailah suatu waktu, saat aku memerlukan seseorang, dia hadir dan entah macam mana dan tup tup, kini aku dah hampir 6 bulan menjadi isterinya yang sah. Dialah peneman aku siang dan malam. Dialah yang menemaniku saat aku gembira dan menangis. Dialah tempat aku berkongsi segala rahsia yang aku tak pernah kongsi dengan sesiapa. Dialah suamiku yang suatu masa dulu pernah aku "usha" senyap-senyap. Haha. Alhamdulillah...Kuasa Allah memang besar. 

Haish...susah nak cakap perasaan ni. Yang aku tau, aku sangat-sangat sayang dia. Aku cintakan dia. Dan aku nak membahagiakan dia.

Dan aku nak lahirkan zuriat yang terbaik untuknya. 

Dulu, aku pasang impian untuk jadi seorang isteri. Alhamdullillah, Allah permudahkan...Sekarang, aku pasang impian untuk menjadi seorang ibu hasil percintaan aku dan suamiku. 

Ya, itu impian aku. Itulah harapan aku. Mudah-mudahan Allah permudahkan. Amin... :)



*Nota Hati: Aku percaya setiap apa yang berlaku ke atas diriku adalah kehendak-Nya. Dan aku percaya bahawa ketentuan-Nya adalah yang terbaik untukku. Aku percaya DIA.

Monday, November 5, 2012

Hanya Kepada-Mu Aku Berserah -Izinkanlah-

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Ya Allah, Ya Tuhan ku, anugerahkanlah kami zuriat keturunan yang terbaik dari sisi-Mu. Sesungguhnya, Engkaulah Yang Maha Pengurnia. Amin...

Nota hati: masih berusaha dan menanti berita gembira, pengikat cinta kami.

p/s: moga setiap yang baca nota ni juga turut mendoakan kami. amin... ^_^

Friday, November 2, 2012

Lagu

Assalamualaikum...

Ceh, tiba-tiba pulak bagi salam. Sebelum ni selamba je terjah kan? Saje je ni, mood baik...hehe.
Malam tadi ku pergi karaoke dengan suami..hahaha. Tak tau kenapa, kitaorang memang suka sangat karaoke. Suami ku tu lagi lah, memang hantu mikrofon. Kat sekolah pon dia selalu buat persembahan nyanyian. Tak cukup dengan tu, kerusi MC pon tak boleh bagi kat orang lain. Kadang-kadang bukan dia yang nak sangat pon, tapi orang lain yang pilih dia. Sebab suara dia sedap sangat. Dan dia memang pandai nyanyi. Cuma dia belum pernah tengok lagi cara ku jadi MC, berpidato dan bersajak. Agak-agak, kalau diadakan pertandingan pidato dan deklamasi sajak antara kitaorang berdua, boleh tak aku yang dah sebati dengan bidang sains ni mengalahkan encik suami yang memang major dalam bahasa dan sastera ek? Haha. Tapi masaku dah berlalu...kalau zaman-zaman sekolah dulu mungkin aku lebih "power" daripada dia kut.

Eh, ape lah mengarut aku ni. Tujuan aku bukak page ni tadi yang betulnya nak bercerita pasal nyanyi...Suami ku sangat pandai menyanyi. Dan suara dia pon, Ya Allah...sedapnya..lagi-lagi kalau dia bawak tone tinggi. Memang terbaik. Dan aku pon memang suka nyanyi, dan suara aku ni, serius memang tak sedap. Tapi suami aku tak pernah gelakkan aku pon. Sebab tu lah aku suka nyanyi dengan dia..Dan lagu kegemaran kami yang wajib di'karaoke'kan setiap kali keluar ke carefore adalah lagu Ombak Rindu. Penyanyi asal? Alah, korang mesti tau punya. Tak mau tulis kat sini lah. Nanti diaorang bangga sebab kitaorang giler suka dengan lagu ni. Tapi, yang betulnya suami ku lagi suka nyanyi lagu Muara Hati. Tapi malangnya lagu ni terlalu baru dan belum ada lagi kat k-box tu...Dan, aku pon tak tau lagi nak nyanyi lagu ni. Tak retilah. Susah. Tapi lirik dia bagiku boleh tahan la...yang tak boleh tahan adalah irama dan suara penyanyi asal lagu ni. Bukan tak boleh tahan sebab tak sedap k..jangan salah faham..Bagiku, irama dan paduan suara penyanyi-penyanyinya memang superb! Mungkin sebab tu lah ku rasa tak mampu nak nyanyi lagu ni. Sebab takut merosakkan keindahan lagu ni. Suamiku pulak? Korang bagilah lagu apa pon, insyaAllah, dia boleh nyanyi dengan baik... :)

Dan inilah lirik lagu Muara Hati, lagu kegemaran suamiku buat masa ni. Aku "copy aand paste je". Kalau liriknya ada yang salah, harap maaf...itu diluar pengetahuanku. huhu.


Cinta terpisah ruang waktu
Tetap cinta bersatu dalam hatiku
Walau raga kita tak mungkin bersama
Ku yakini hati kan tetap setia
Ku percaya ke mana pun kau berjalan
Suara cinta menuntunmu kepadaku
Kerna bila cinta sudah bersemadi
Takkan terpisah hati

Chorus
Demi cinta dalam hatimu
Ku yakin engkau untukku
Meski jejak pisahkan kita
Cinta kan bawa kembali padamu
Aku ada kerna kau ada
Dan cinta hatiku hanyalah untukmu
Jalanku tertuju padamu
Kemana pun kan pasti kembali
Ulang Chorus
Demi cinta dalam hatimu
Biarkan aku merasuk
Bersatu dalam hatimu
Hanya dirimu dan aku
Demi cinta dalam hatimu
Biarkan aku merasuk (merasuk dalam hati)
Cinta


 *aku tiru dan tampal dari laman sesawang ni

Ok. Tu je lah aku nak tulis setakat ni. Sekian dulu...Wasalam.. :)

Saturday, October 27, 2012

STRESS !!



Alhamdulillah...mak mertuaku sangat baik. Ku benar-benar bersyukur dapat mak mertua sebaik mak. Bila aku balik kampung, walaupun mak tak berapa sihat, mak layan aku dengan baik sangat. sampai makan minum pun mak siapkan. Dari satu sudut, aku memang bersyukur dan gembira.

Tapi, dari satu sudut yang lain - sudut yang mungkin tidak terlihat oleh sesiapa pun termasuk suami aku sendiri - aku rasa tertekan. Semua orang yang aku kenali tahu aku bekerjaya. Tapi tak ramai yang tahu tenggungjawab yang terpaksa aku pikul di syarikat. Kalau yang tahu pun, mungkin tak faham. Semua orang tahu aku kerja di kilang sembelihan ayam. Tapi tak ada siapa yang tahu apa yang aku hadapi kat kilang ni. TAK SIAPA tahu. Mungkin mereka membayangkan aku kerja tanpa perlu menggunakan otak, tanpa perlu banyak berfikir. Sengal jugak la orang-orang yang fikir macam tu sebab kalau betul aku tak perlu gunakan otak ni, kenapa pula syarikat ni sanggup bayar aku yang ada degree ni? Baik dia ambil orang yang ada SPM je ke, murah sikit kan? Singkat betul otak. Stress!

Tapi, bukan stress ni yang aku nak cerita. Stress yang ku rasa - yang sangat hebat - adalah bila tak ada orang yang fahami aku. Stress kat pejabat tak habis lagi, sambung stress kat rumah. Jujur, kalau kat rumah sendiri - rumah aku dan suami - aku langsung tak rasa stress. Melihat wajah suami dah cukup buat aku bahagia. Stress yang maha hebat ku rasa adalah apabila setiap hujung minggu suami mahu kami pulang ke kampung, walaupun aku berkerja! 

Seperti yang aku katakan awal-awal tadi, memang mak mertua ku sangat baik. Tapi aku masih rasakan tekanan. Aku ada rasa tanggungjawab pada mertua. Rasa tanggungjawab ni lah yang membuatkan ku STRESS! Aku penat dengan kerja, terpaksa balik kampung yang perjalanannya hampir 1 jam. Memang tak lama, tapi faham tak yang aku penat? Dah sampai kampung tu, memang aku boleh untuk terus tidur. Dan itulah yang aku selalu buat. Tapi, ada tak orang tahu yang aku tidur dengan rasa stress yang amat sangat? Aku rasa malu untuk biarkan mertuaku sindirian di dapur, tapi aku tak mampu nak tolong sebab mental ku penat. PENAT! Setakat ni, aku cuma nampak ada tiga kemungkinan yang akan berlaku setiap kali aku pulang ke kampung pada hujung minggu:

1. Aku tak tidur lalu menolong mak mertuaku di dapur dalam keadaan letih dan stress. Sampai ke malam, aku perlu bersengkang mata menghabiskan masa bersama keluarga suami sedangkan dalam kepala memikirkan esok perlu bangun awal pagi untuk bekerja. Kesudahannya, malam itu aku tidur lewat dengan mental yang tersiksa dan stress.

2. Aku tidur sebaik saja pulang dari tempat kerja, membiarkan mertua yang keseorangan di dapur - aku tidur dengan rasa stress sebab rasa aku ni menantu yang tak berguna. Malam pula, aku bersengkang mata menghabiskan masa bersama keluarga suami sedangkan dalam kepala masih memikirkan hari esok aku perlu bangun awal untuk bekerja. Dan aku tidur malam tu dengan  otak yang penat dan sekali lagi, aku stress.

3. Petang tu aku terus tidur sebaik sahaja pulang dari tempat kerja, tapi masih lagi tidur dalam keadaan stress sebab membiarkan mertua keseorangan di dapur. Malam pun aku tidur awal, tak ambil port langsung tentang borak sorak keluarga suami. Tapi aku masih lagi tidur dalam keadaan yang stress bila memikirkan aku bukan menantu dan ipar yang baik bila tak boleh nak beramah mesra dengan mereka semua.

Jadi, ni lah yang aku nak cerita. Di sebalik  layanan first class dari keluarga suami, aku masih lagi rasa stress sebab aku rasa gagal menjadi menantu dan ipar yang baik. 

Aku cuma nak tanya, tak boleh ke suamiku balik sorang-sorang ke kampung kalau aku perlu bekerja pada hujung minggu? Salahkah aku bila membuat permintaan macam tu? Aku cuma tak nak aku rasa stress, tapi nampaknya dia tak faham. Lalu apa yang aku dapat bila aku menyuarakan cadangan supaya dia balik kampung sendiri? .... (diam). Ya, suamiku diam SEPANJANG HARI sampailah aku bersetuju nak ikut dia balik. Tapi dia tak tahu, aku ikut dia balik dalam keadaan STRESS! 


I love him and all of my family-in-law,
Yes, I do.
But I'm...STRESS !!

Sunday, October 21, 2012

pergi...

Ajal dan maut di tangan Allah. Tapi, aku harap, biarlah aku yang pergi dulu sebelum dia. Bukan tak takut mati, tapi mati itu pasti. Bukan rasa diri sudah cukup amal, cuma aku perlu bersedia. Bukan meminta nyawa dicabutkan segera, tapi biarlah aku pergi dulu sebelum dia.

Kenapa? Sebab aku tak yakin dengan diri sendiri, tapi aku yakin dengan dia. Aku yakin dia dapat merasa bahagia walau tanpa aku di sisinya. Aku tahu hidupnya tak pernah sunyi dari cinta manusia - dari ahli keluarga, sahabat handai, kenalan, dll. - aku yakin manusia-manusia itu dapat membuat dia terhibur sementara menunggu saat panggilan Illahi..mungikin juga dia akan bertemu jodoh yang lain. Siapa tahu, kan? Tapi, kalau boleh, biarlah saat itu nanti aku sudah pergi..

Tapi aku pula bagaimana? Entah. Apa yang aku tahu, aku benar-benar tak yakin dengan diri sendiri. Aku takut untuk menghadapi hari-hari yang mendatang tanpanya. Jadi, biarlah aku pergi dulu, suatu hari nanti - mungkin setelah aku melahirhan zuriat untuknya, sebagai kenangan cinta kami - Tapi, siapa pula aku untuk menentukan semua ni, kan? Aku hanya mengikut apa yang telah dituliskan untukku.

Siapa sangka dia yang dulunya aku minati dalam diam, kini menjadi suamiku. Siapa sangka aku yang dahulunya tidak pernah wujud dalam hatinya, kini menjadi miliknya. Sedangkan dulu, dari sekolah rendah, sampai aku tamat sekolah menengah, kami belajar di sekolah yang sama. Saling mengenali, tapi langsung tak pernah berbicara. Siapa sangka akhirnya kami bersama? Begitu indah percaturan-Nya..Aku benar-benar bertuah. Alhamdulillah...

Tapi bila memikirkan yang datang pasti akan pergi, dan yang hidup pasti akan mati, aku jadi takut. Takut untuk menghadapi saat itu. Tapi, andai aku pergi dulu, aku harap dia akan sudi untuk menyimpan sedikit memori aku dengannya..walaupun mungkin nanti hatinya bukan lagi untukku, biarlah saat itu aku telah pergi..Semoga apa yang terbaik untuknya juga adalah yang terbaik untukku..kerana dia adalah suamuku.

Allah telah menganugerahkan dia kepadaku, saat aku kebuntuan, saat aku memerlukan. Biarpun tiada siapa yang tahu mengapa dia memilih aku berbanding wanita-wanita lain, bagiku dia adalah anugerah buatku.  :)

Saturday, September 29, 2012

Impian

Bila ada satu masalah, masih boleh tersenyum. Bila ada 2 3 masalah, masih lagi boleh tersenyum. Tapi, bila ada banyak sangat masalah yang datang serentak dan bertimpa-timpa, tiba-tiba hati rasa tak gagah lagi untuk mengukir senyum. Sampai suatu waktu, terdetik di hati, alangkah seronoknya kalau ada benda atau khabar gembira yang boleh menghiburkan hati ni saat itu..Dan dari situ, terlahirlah impian yang tercipta dari sekeping hati yang inginkan sedikit kegembiraan yang dapat melahirkan semula senyuman yang telah mati. Tapi, bila impian itu tak kesampaian, alangkah payahnya diri nak kawal emosi..nak elak macam mana sekalipun, air mata yang ditahan selama ni tetap juga tumpah. Lagi-lagi bila hati ni terlalu yakin impian tu sudah terlalu dekat untuk dicapai. Tapi, salah siapa? Salah diri yang terlalu mengharap? Mungkin. Tapi, macam mana nak elak diri dari berharap kalau dah otak asyik fikir pasal hal tu sampai rasa tekanan? Dan macam mana nak elak tekanan tu bila dah otak ni asyik fikir pasal hal tu? Eh, otak lagi..Jadi, salah otak ke? Entah. Apa yang aku tahu, aku tengah kecewa. Walaupun aku tahu yang Allah lebih tahu dari aku, tapi aku tetap kecewa. Sebab aku sangat-sangat berharap yang hal tu benar-benar berlaku untuk mengubati semua kesakitan dan kesulitan yang bertimpa-timpa ni. Aku bukan manusia kebal yang tak punya rasa. Semoga aku REDHA. Dan impian tu masih kat situ, walaupun aku tahu aku mungkin akan kecewa lagi. Tapi, lantaklah. Itu memang impian aku.


*kalau aku tak ada impian, tak akan ada usaha yang aku lakukan untuk mencapai impian tu. dan, kalau tak ada impian, tak semestinya aku terselamat dari rasa kecewa*


Tuesday, September 18, 2012

rasa yang halus


Kalau boleh disenaraikan semua perkara penting dalam hidup ini, mungkin ku perlu meletakkan perasaan ini di tangga terakhir. Atau mungkin tak layak langsung untuk disenaraikan. Mestilah…bukan penting pon kan? :/
Nota kaki: entah kenapa sejak akhir-akhir ni asyik terasa je. Hurmmm…mungkin ku perlu sedar diri ni siapa. :]

Wednesday, September 12, 2012

mana?

dah lama tak duduk depan laptop lama-lama macam ni. rasa macam best giler beb! tapi....malang betul. malam ni ilham tak nak datang..entah ke mana dia pergi. haih!


Thursday, September 6, 2012

gila!

dia tak tahu.
maka kerana itu, dia kejam.
tapi, bukan salah dia.
sebab dia tak tahu.
dan tak faham.
tapi sungguh,
dia memang kejam!

Tuesday, September 4, 2012

Love Story..


Pandangan bertemu,
Malu…

Senyuman memekar,
Debar…

Rindu menular,
Resah…

Niat hati berputik,
Ikhlas…

Langkah diatur,
Kemas..

Ikatan tersimpul,
Erat…

Hati bersatu,
Indah…

Cinta menular,
Gairah...

Syukur di atas nikmat-Nya,
Alhamdulillah…

“Moga Engkau kekalkan rasa ini, Amin..”

Tuesday, August 28, 2012

lidah oh lidah


Versi sebenar = “amik order urgent-urgent”
Versi aku = “amik urdent orger-orger”
Kejadian berlaku dalam pejabat ketika ku berbual dengan kerani baru, ika. Tersenyum simpul si ika. Takut nak gelakkan aku agaknya. Bak kate bos, muke aku ni garang. Hehe. Kalau ada  nina, mesti tergolek-golek dia gelakkan aku. Haha!

Terkenang kisah dulu-dulu, ku pernah digelak selama beberapa hari gara-gara kes kacap terlabik ni. Nak cakap “buli junior” boleh terkeluar “juli bunior”. Adehhhh….tiba-tiba rasa syahdu. L



 p/s: maaflah sebab guna bahasa rojak dan broken English yang keterlaluan dalam entry ni. Maklumlah…ku orang biasa-biasa dan semua yang keluar dari mulut ni adalah secara spontan dan kadang-kadang tak sempat nak disusun oleh otak. Banyak sangat makan tongkeng ayam kut. Haha. J

Monday, August 6, 2012

HERO


“Lee is a man who loved his country more than anything else. I have sent him an sms (short messaging service) yesterday and another just earlier on.  I will be meeting Lee in KL as soon as the shuttler returns from London,” 

Sumber: dari sini



Wednesday, July 4, 2012

esok entah apa lagi

haisss...kita tegur dia elok-elok, dia pergi maki hamun orang lain. tak pasal-pasal orang lain yang tak bersalah tu terlibat sama. ingatkan dia boleh berubah dan faham kesilapan sendiri, lain pula jadinya. hurmm, memang susah nak uruskan orang. sabar saja lah..esok entah apa pula yang jadi. hari-hari ada kejutan. ish3.

Sunday, July 1, 2012

semak

susahnya nak jaga orang. macam-macam kerenah, macam-macam perangai. lagi baik aku berurusan dengan mesen. sekurang-kurangnya, kalau rosak, aku boleh kaji punca dia. baca manual ke. paling teruk pon, panggil maintenance, sebab tu bukan bidang aku. lepas tu boleh la aku tambah sikit pengetahuan aku ni. maklumlah, aku memang minat dengan benda-benda teknikal ni, tapi tak ada rezeki nak belajar secara teori masa kat U dulu.

berbalik pada cerita asal. sekarang ni, aku berkerja di syarikat swasta. aku diberi kepercayaan untuk menjaga dan menguruskan tugas2 berkaitan dengan kualiti. kira ramai lah anak buah aku sebab mana aku mampu nak jaga seluruh kilang kan? haha.

hari pertama je aku jejak kaki kat syarikat ni, dah ada orang gelar aku sombong. dan sekarang, dah lebih 2 bulan aku kerja. macam2 orang aku jumpa. dengan budak QC yang suka 'kipas-kipas', SV yang bajet tahu segala, dan mereka2 yang macam bagus tu semua. adoi. ku tau ku tak sempurna. mungkin kat blog aku ni aku kata mereka2 tu bajet bagus, kat luar pulak orang dok kutuk2 aku kata aku ni berlagak. alah, biasalah. adat manusia.

tapi yang aku tak tahan, orang yang suka kipas2 la ni. aku tak panas pon la, tak payah kipas2. bukan rasa apa pon. huhu. belum lagi yang suka cucuk mencucuk. jadi gunting dalam lipatan. talam dua muka. yang muka tembok dan tebal telinga pon ada. adoi! bikin panas je. tak apa. mungkin ni asam garam berkerja. masing-masing punya matlamat. biarkanlah. selagi korang tak tunjuk bukti, sia-sia je nak kipas-kipas dan cucuk-cucuk ni. buang air liur. perghh, nasib baik bebudak bawah aku dapat aku sebagai bos diaorang. haha (cehhh, bajet je ni. padahal aku kuli cabuk je). yang pinting, aku wat kerja aku, korang wat kerja korang. hari ni je aku dah tangkap 2 orang yang buat kerja "janji buat". pastu salah pulak tulis rekod. ha, padan muka. kan dah kantoi. perghh, berangin satu badan kot. lepas sesi kaunseling siang tadi, harap korang dapat faham la kenapa aku marah. hermmm, boleh sakit jantung kalau hari-hari macam ni.

k, la. waktu rehat dah nak habis. ku perlu sambung tugas. dokumen bertimbun lagi yang perlu disemak. perghh, bikin semak je la. tapi apa boleh buat, aku memang dibayar untuk menyemak segala yang semak-semak tu. hahaha. k, masa betul-betul tinggal sikit. ku nak lelapkan mata sekejap. sementara sempat. hehe. k, daaa. wassalam. :)


Monday, June 18, 2012

edit gambar

Gambar sebelum edit


Gambar selepas edit

Ku mengantuk dan ku tak tau nak buat apa. Dan...Nah! Inilah hasilnya. Ehem! pandai gak ku edit ek? Haha. Perasan. Tapi boleh la..kira lulus la kot untuk ku yang tak tau langsung pasal software segala bagai tu. Ku cuma guna "Paint". Boleh jumpa kat mana2 PC rasanya..Haha.

Tapi kalo ada yang rasa hasil ubah suai ni tak ada nilai dan tak layak nak tunjuk2 kat orang, sorry lah. Ku upload ni pon sebab ku buat keje ni kat office dan ku tak ada pendrive untuk save gambar baby comel ni. Jadi, ku upload je kat blog ni untuk kenang-kenangan..tak ade niat pon nak tunjuk kat sesape.

OK lah. Matlamat dah tercapai. Izinkan ku mengundur diri. Lain kali jumpa lagi. Daaa~

Sunday, June 17, 2012

Cinta

Cinta halal itu indah.
Alhamdulillah...syukur kerana aku terpilih untuk merasai nikmat syurga dunia.
Walaupun dunia ini sifatnya sementara, semoga cinta ini akan kekal abadi bersama kami hingga ke syurga.
Amin..

p/s: sehingga kini, ku masih menanti suatu khabar gembira yang bakal mewarnai hidup kami kelak. Entah sampai bila ku harus menanti. Ya Allah...Engkau sempurnakanlah aku untuk suami ku. Semoga amalan kami diterima sebagai ibadah kepada-Mu. Amin.. :)

Tuesday, June 12, 2012

Plot Baru

Hanya dengan satu lafaz, seluruh plot kehidupan ku kini berubah.
Alhamdulillah... :)

Kini, ku bergelar seorang isteri.
Tapi ilmu ni terlalu sedikit.

"Usaha yang terbaik.."
Pesanan emak yang sentiasa ku genggam.
Semoga ku akan cepat belajar.

Semoga aku cukup sempurna untuk menyempurnakan hidup suami ku.
Amin... :)




p/s: masih belum update status kat resume. :P

Thursday, May 10, 2012

Kemalangan

Dua hari lepas, Encik Tunang mengalami kemalangan. Nasib baik kereta dia je yang teruk. Alhamdulillah, dia tak apa2. Tapi hati ni tak henti-henti risau. Dalam sekelip mata seorang isteri boleh kehilangan seorang suami, seorang anak boleh kehilangan seorang ayah, seorang ibu boleh kehilangan seorang anak...

Aku? Mungkin aku bukan siapa-siapa pada dia dan keluarganya. Mungkin bagi keluarga ku, dia juga bukan siapa-siapa. Tapi bagi ku, dia adalah kebahagiaan ku di dunia ni. Mudah-mudahan dia juga adalah kebahagiaan ku di akhirat nanti. Untuk memikirkan kemungkinan yang pahit, aku tak sanggup. Sungguh aku tak sanggup.

Semoga semua akan selamat. amin...

Kagum !

Setiap baris kata-kata,
Setiap ayat dan perenggan,
Setiap lafaz dan kalimah,
Semua ku tatap, semua ku hadap.
Langsung tak jemu.

http://zahiriladzim.blogspot.com/

Ku tak kenali siapa dia. Tapi ku kagumi halus jiwanya.

Thank you mizuumiISme :)

Wednesday, May 9, 2012

kudrat

Pertama kali kandas dalam peperiksaan -test JPJ untuk lesen moto- Adoi! Kena "repeat paper" la pulak. Tapi sekarang ni dah kerja kat Batu Pahat. Entah bila boleh test balik.


Aishhh, ku bukan robot la. Mana mampu nak "handle" semua benda –persiapan majlis kawin, belajar kereta n moto, tukar kerja-


Alhamdulillah, sekarang, urusan tukar kerja dah selesai. Harap Tatawa tak rasa kehilangan ku. Ala, kuli cabuk je kut. Ada orang kesah ke? Hahaha~


Dan sekarang ku tengah belajar untuk "adapt" dengan suasana baru kat PTS Poultry Processing ni. Dari kilang biskut yang sentiasa bersih dan berbau wangi, kini terpaksa biasakan diri dengan suasana yang agak kotor. Dari sebuah organisasi yang dah diiktirah dengan ISO, ku kini kena biasakan diri dengan industry kecil yang sistem kualitinya suam-suam kuku. Memang banyak perbezaan. Dan atas nama perbezaan tu lah baru ku dapat belajar dan terus belajar.


Selagi ku ada kudrat, ku akan terus berusaha. 


Hal lesen, nanti-nanti dulu yer? sekarang kena lepaskan satu lagi "part". "Part" ni sangat-sangat penting sebab lepas "part" ni, seluruh plot hidup ku bakal berubah. Erkk, takut! Mudah-mudahan semua akan selamat. Amin... 


*selagi ku punya kudrat*

Sunday, May 6, 2012

sampai saat ini, ku masih susah nak percaya! :)

29 march 2011: ku ingat lagi tahun lepas, pada tarikh tu, buat pertama kalinya aku berbual-bual dengannya -tu pon guna hp je sebab ku kat selangor tengah praktikal, dia pulak kat kampung-. Masa tu, yang boleh ku bayangkan hanyalah wajah seorang pelajar lelaki segak berpakaian seragam tingkatan 6. Kenapa? sebab, sebelum ni ku hanya kenali dia sebagai senior sekolah. Tiada apa2 yang lebih dari itu. awal pagi tu (29 march 2011), kami tetapkan hubungan kami sebagai kawan. dan dia berkali-kali tegaskan perkataan kawan tu. mungkin dia takut ku pk lain. maklumlah, perempuan...kata hati, alhamdulillah... :)

Pertengahan Mei 2011: pertama kali dia jumpa mak ku kat teratak usang kami, semata-mata nak minta izin untuk berkawan :) tapi dia kata akhir april, ku pulak rasa macam pertengahan mei! tapi tak ape lah, bukan penting pon..ku masih ingat, tahun lepas pada pertengahan mei -atau akhir april katanya- dia nak datang ke rumah kat kampung. Nak jumpa katanya (ni through phone la). ku cakap, mintak izin daripada mak dulu..dan dia setuju. kaget! ku sangat2 berharap dia tak setuju. sebab? masa tu muka ku sangat teruk. ruam merah "butterfly" tiba-tiba naik kat muka. ku sangat2 tak mahu dia lihat muka ku yang macam tu. tapi dah takdir, dia datang juga ke rumah. dan dia tak komen apa2..setelah hari itu, kami semakin kerap berhubung guna talipon. dia kata, status kami pada masa tu adalah sahabat. ku ok je..alhamdulillah.. :)

Tak sampai sebulan lepas tu, dia minta izin untuk serius. katanya, dia bercadang nak bernikah sebelum usianya mencecah 26 tahun. maksudnya sebelum 04.08.2012 !!. ku terkejut dan ku hanya diamkan diri. tak tau nak jawab apa. haha. atas permintaannya sendiri, ku sampaikan hajat dia kat mak. dan ku kena marah. mak kata ku gatal. hehe. apa la mak ni. padahal masa tu ku belom ada apa2 rasa lagi kat dia, melainkan rasa ikhlas ingin berkawan. entah kenapa, ku rasakan sesuatu yang indah dalam tempoh perkenalan yang singkat itu. cara dia membuatkan ku tak dapat untuk berkata tidak. Ia memang pelik :)

Tapi agaknya memang dah takdir, walaupun pada awalnya mak tak izinkan, setelah ku dapat tawaran kerja, mak mula merestui hubungan kami. Dengan izin Allah, beberapa bulan lepas tu dia hantar mak dia merisik ku.dan mak ku pon setuju. Tanggal 21 November 2011, kami bertunang. insyaAllah, pada malam 25 mei 2012 nanti, kami akan disatukan. insyaAllah...mudah-mudahan impian kami akan terlaksana dan bahagia akan menjadi milik kami di dunia dan akhirat. Dengan izin-Nya kami bertemu. Semoga dengan izin-Nya juga kami akan bersatu. amin... :-)

*kisah kami tak berbunga-bunga macam pasangan lain.. * alhamdulillah.. :)






Saturday, May 5, 2012

teman

kenapa hidup perlu berteman? kerana lumrah manusia...perlukan seseorang untuk berkongsi-gembira, sedih, suka, duka,...-

tapi, sekarang ni susah sangat nak cari teman yang dapat pinjamkan telinga dia bila diperlukan. kalo ade pon, mak abah dan akak. adik2 kecik lagi...kite cerita pon diaorang bukan faham..

kalau dulu masa belajar, kawan la tempat kita mengadu -selalunya- memandangkan family jauh dan tak berapa faham tekanan sebagai pelajar ni. tapi sekarang ni, cuma family je yang boleh jadi tempat untuk ku luahkan segala tekanan -terutama sekali mak- walaupun mak tak faham bidang kerja ku, tapi mak tetap setia mendengar. sebab kadang kala, kita cerita sebab dah tak larat nak tanggung rasa, bukan untuk minta pendapat.

mungkin kerana tak ada tempat mengadu lah, ramai gak yang meluahkan segala rasa -cinta, benci, rindu, marah- kat laman2 sosial. ku sendiri selalu gak cerita pada dia yang ku anggap penting -memandangkan dia bakal teman siang malam ku walaupun tak sah lagi- tapi sampai sekarang ni dia sendiri tak kenali siapa aku. mungkin sebab kawan pon baru lebih kurang setahun, kerana itu dia tak dapat fahami ku. sedih kan? orang yang kita anggap penting tapi tak dapat jadi teman duka. sakit sangat rasa tu. natijahnya, sekarang ni ku jarang sekali bercerita perihal kerja ku kepada dia. agaknya aku memang ditakdirkan untuk jadi pendengar yang setia, sedangkan tak ada siapa dapat mendengar luahan rasa ku.

buat masa ni, ku masih punya emak. baru ku sedar, sedalam manapun cinta dan kasih seseorang kepada kita, tak mungkin dapat menyamai kasih seorang ibu.

Tuesday, January 24, 2012

-tertarik 5-

"Jika namamu yg ditulis di Luh Mahfuz untuk diriku,
nescaya rasa cinta itu akan ALLAH tanamkan dlm diri kita.
Tugas pertamaku bukan mencari dirimu tetapi mensolehahkan diriku."

"Sukar untuk mencari soleh dirimu andai solehahku tidak setanding dgn kesolehahan mu. Janji ALLAH pastiku pegang dalam misi mencari diri ‘Lelaki yg baik untuk wanita yg baik"


Ya Allah...
Seandainya rindu ini suci maka kuatkanlah...
Seandainya ukhuwah ini kudus maka panjangkanlah...
Seandainya luka ini berhikmah maka biarlah...
Seandainya ingatan ini berfaedah maka teruskanlah…

*semoga perkongsian ini tidak sia-sia..


p/s: sukarnya menjaga hati....jika takut tercemar, tak salah andai kami percepatkan, kan? walaupun kami belum sempat untuk saling mengenali, mudah-mudahan inilah yang terbaik buat kami. amin...

Tuesday, January 10, 2012

-15-

Kadang kala,
SURAM.

Kadang kala,
KOSONG.

Hidup yang tiada kehidupan.
SUNYI.

(tersenyum, manis!)

Sampai bila dapat bertahan?


-Bebayang-