Monday, May 13, 2013

Bila lagi nak jadi satu ?? -updated-


Tengok cina bersatu, melayu pembangkang nak terus bersorak ke? Tak lama lagi, India pulak join sama. Kepada UMNO, terimalah hudud sebab itulah yang terbaik, bukan hanya untuk Muslim, tetapi juga untuk penganut agama lain. Kepada melayu pembangkang, cubalah rendahkan sikit ego…jangan hanya pandang buruk je pada UMNO tu. Cuba tengok kepada segala pembangunan yang telah UMNO lakukan selama menjadi pemerintah. Cubalah UMNO dan melayu-melayu pembangkang duduk semeja, dan kembali kepada ajaran Islam yang sebenar. Kononnya Malaysia ni negara Islam, tapi kenapa perlu ambil sebahagian je dari ajaran Islam tu, sebaliknya yang separuh lagi ditolak? Kepada pemimpin UMNO, terimalah kenyataan bahawa Islam sahajalah satu-satunya cara untuk Melayu menjadi lebih kuat. Macam mana nak jadi pemimpin kepada rakyat, sedangkan isteri yang seorang pon tak dapat dipimpin? MCA dan MIC tu memang penting dalam BN bagi memastikan mereka (kaum minority) tak terasa hati dengan kita, sebab mereka pon orang Malaysia. Tapi, bila mana mereka sendiri sudah perpaling tadah, apa gunanya kita pujuk-pujuk? Takut nanti jadi api dalam sekam je. Kita hidup di Bumi Malaysia yang majoritinya adalah Melayu Muslim. Jadi, janganlah persoalkan hukum hudud tu. Memang tak salah untuk laksanakannya. Bukankah agama Islam tu agama rasmi Malaysia? Rasanya Bumiputera Sabah Sarawak pon dah makin ramai yang menganut agama Islam. Kalau yang bukan Islam tu tak dapat terima hukum Allah ni, apa yang diaorang boleh buat? Nak memberontak? Nak perang? Kalau dah macam tu, kita jihad je lah. Mati masuk syurga. Tak payah nak pening-pening kepala. Bila lagi nak tengok Malayu bersatu? Kembalilah kepada Islam… Ya Allah, Engkau lindungilah bumi Malaysia.. Amin…

Sunday, May 12, 2013

ORANG BONGKAK SELALU RUGI

Sudah-sudah lah dengan "racist" bagai...hampir nak kalah dah, tapi masih tak nak amik iktibar. Tak habis-habis dengan gaya ala-ala aku-pemimpin-disegani-teragung-terulung. Tolong lah...kalaupun risau nak kira jumlah kerugian, tak payah lah nak tunjuk sangat...


Mood: MELUAT ~

p/s - rasanya tajuk entry kali ni macam ada yang tak kena. Kalau tukar "bongkak" kepada "BONGOK" lagi sesuai kut. Tapi, budi bahasa budaya kita ~ :D

Saturday, May 4, 2013

Monolog

 Saya kira saya sudah dewasa dan saya mampu membuat pilihan. Tapi saya tak tahu lah sama ada pilihan ni tepat atau tak...but I've to take the risk ! 

Tapi kan, gambar rajah kat bawah ni buat saya keliru lah...saya nak pilih B, tapi saya tak mahu pilih A dan C. Boleh ke?




Entah la...macam tak boleh je kan? Sebab, ada sebahagian dari A, B dan C telah bersatu dan membentuk daerah D.

Atau, mungkin juga A, B dan C yang memang sah lahiriah dan rohaniahnya adalah berbeza, telah bersatu, bersatu, dan bersatu, sampai hilang rupa bentuk asalnya, macam gambar kat bawah ni.



Macam anak gajah jer? tapi, macam Bulldog pon ade gak. Erk ~


Lor, dah macam mane ni? Saya memang nak pilih B. Tapi, mana satu B tu? yang segi tiga ke? atau yang petak tu? ataupun yang bulat??

Alamak...takut salah pilihlah.. :/