Friday, December 30, 2011

-OuT of SeRviCe-

"Belajar daripada kesilapan". Atau dalam bahasa omputeh, "learning from mistake". 
Ada juga orang sebut "sebaik-baik guru adalah pengalaman"



Kedua-dua ayat ni saling berkaitan. Aku rasa lah…tak tau lah  korang rasa camne rasa (ceh, bajet macam ada orang baca la blog yang semak ni. Haha)..Betullah aganya sebab daripada sesuatu pengalaman itulah baru kita tau mana yang salah, mana yang kurang, mana yang boleh diperbaiki…dan pernah tak korang rasa macam nak ketuk kepala sendiri bile sedar kesilapan korang? Mungkin jugak ada antara korang ni yang rasa nak jerit kuat-kuat camni “BODOHnya aku!!!”. Perghh, aku baru kali ni kut rasa frust sangat-sangat sebab dah terbuat satu kesilapan yang memang TERBAIK (nada Boboiboy). 3 hari tak boleh tidur kut. Plus, ada masalah sampingan pulak yang tetibe muncul entah dari mana. Bila masalah kerja dan peribadi barsatu, wah, tak dapat bayang la perasaan hatu. Macam orang tak betul pon ada. Haha.

Eh, jauh pulak melencong. Berbalik kepada topik asal. Nak dipendekkan cerita yang dah memang sedia pendek ni, perasaan apabila melakukan kesilapan tu lah yang menyebabkan aku serik untuk ulangi kesilapan tu. Jadi, aku memang benar-benar belajar daripada kesilapan. Tapi, bila difikir-fikir balik, berapa banyak kesilapan perlu aku buat barulah aku boleh belajar tentang sesuatu perkara? Aishhh, perasaan oh perasaan. Sabarlah yer? Huhu.

Dan untuk renungan bersama, bolehlah kita baca dan selami makna ayat kat bawah ni. tatau lah ada kaitan tak dengan cerita kat atas tadi tapi alang-alang terbaca, aku letak jer lah kat sini. Mudah-mudahan ada manfaatnya. ;-)



Firman ALLah Azza Wa Jalla (Suratul-Kahfi :109) 

قُل لَّوْ كَانَ الْبَحْرُ مِدَاداً لِّكَلِمَاتِ رَبِّى لَنَفِدَ الْبَحْرُ قَبْلَ أَن تَنفَدَ كَلِمَاتُ رَبِّى وَلَوْ جِئْنَا بِمِثْلِهِ مَدَداً 

"Katakanlah (wahai Muhammad) Kalau sekiranya seluruh lautan itu dijadikan tinta untuk (menuliskan) kalimat-kalimat Tuhanku, sudah tentu akan habis kering kontang lautan itu sebelum habis tertulisnya kalimat-kalimat Tuhanku,walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan.” 






* Sekadar ingin berkongsi kata-kata seorang teman, sebanyak manapun ilmu seseorang  manusia tu, sepandai manapon dia, sebanyak manapun cgpa yang dia padat masa kat U dulu, setinggi manapun pangkat dia sekarang, sebenarnya ilmu dia tu tak sampai setitik pun dari ilmu Allah..

Alhamdulillah…terima kasih, Mr. Heart!! ;-)

No comments:

Post a Comment