Sunday, April 23, 2017

Impian Yang Masih Belum Tercapai

Hai.

Tak lama lagi, genap 5 tahun kami bernikah.  Banyak pahit manis dh kami lalui.  Nak dipendekkan cerita,  kami masih menantikan seorang zuriat buat pelengkap hidup kami.

Bukan x usaha. Macam2 usaha dh kami buat.  Tapi semua tu lebih kepada aku la. Pergi berurut,  jumpa pengamal tradisional,  buat rawatan kesuburan n jumpa pakar,  makan jamu dan herba..apa lagi yang aku x buat?  Semua yang aku mampu,  aku dh buat. Mungkin orang x tau. Tapi aku n suami aku tau.

Awal perkahwinan,  sangat stress bila org tanya pasal baby. Tapi bila dah masuk tahun ke 3, aku dah lali. Setiap kali ditanya,  cuma mampu jawab rezeki dari Allah.. Reaksi diaorg?  Macam2.  Terpulanglah.. Mungkin diaorg x pernah rasa, jadi kurang prihatin dgn perasaan org mcm aku ni. Aku maafkan mereka. Aku doakan mereka dan keturunan meraka tak akan lalui apa yang aku rasa.

Bukan senang korang nak hadap pertanyaan2 caci maki perli tu semua. Mujur suami aku orang yang penyabar.. Dia terima aku seadanya. Moga Allah kurniakan rahmat seluas lautan buat suamiku yg tercinta. Dia yang selalu ada di sisi.  Tak pernah memaksa apatah lagi mengeji.  Malah dialah yang selalu pujuk aku, beri semangat kepada aku.  Aku bersyukur sangat2 kerana Allah anugerahkan dia Sbg imam hidupku.

Start tahun lepas,  dia dah mula bukak cerita pasal anak angkat. Katanya, kalo ada rezeki,  dia nak ambil anak angkat.  Dia mintak pendapat aku. Aku sokong je.. Tapi kalau boleh,  biarlah ambik anak yatim piatu.. Selain pahala yg besar,  in future tak nak la ade org yg nak rampas anak tu kan.. Kita sayang dia dari kecik,  tiba2 dah besar kang diA tanya pasal keluarga asal.. Kalau anak yatim piatu yang sebatang kara,  tak susah untuk kite terangkan ye tak?  Tapi sampai sekarang kami belum ada rezeki nak ada anak angkat..

Sekarang aku dah makin tenang dan dapat terima suratan takdir ni. Tapi diam2,  hati tetap terasa Sunyi n akan pecah la kolam air mata ni buat kesekian kalinya...baru-baru ni,  laki aku cerita pasal impian dia utk tahun depan.. Nak bina rumah sendiri. Ye la berapa lama lagi nak menyewa kan.. Insyaallah,  lagi 2-3 tahun,  kami akan duduk kat rumah sendiri.. Muda-mudahan rezeki zuriat jugak akan datang dalam tempoh masa terdekat ni..

Target aku,  aku nak jadi fulltime housewife..nak jadi isteri dan ibu sepenuh masa kpd anak dan suami aku. Mungkin beberapa tahun lepas hutang kereta aku habis.. Ye la.  Nak berenti pon Kena pk gak tanggungan yang ada... N masa tu insyaAllah adik2 aku dah ramai habis belajar.. Aku rasa cukuplah aku tolong diaorg smpai habis belajar. Lepas tu turn diorg pulak tolong mak abah...

Bukan aku x nak tolong mak abah lagi.. Tapi aku rasa penat sangat. Terlalu penat. Kerja aku bukan senang.. N aku pon ade impian aku sendiri.. Aku nak fokus pd keluarga aku. Aku nak fokus pd usaha aku utk dapatkan zuriat... Bebanan kerja selama ni sebabkan aku tak dapat jaga diri aku dari stress. N aku rasa itu salah satu punca aku x mampu hamil lagi smpai skrg..

Jadi,  aku harap sangat2 impian aku nk jadi suri rumah sepenuh masa akan tercapai... Moga Allah bukakan jalan dan rezeki yang melimpah ruah kpd suamiku. Nanti kalo dia dah mampu bg duit belanja lebih pd aku,  sebahagiannya boleh aku bg pd mak abah.. Jadi xde la rasa bersalah sgt kalo x keja.. Hihi.

Ok tu je la coretan utk hari ni. Moga impian kita semua akan terlaksana.. Amin...

No comments:

Post a Comment