Melihat kerusi kosong yang ditinggalkannya, hati tiba-tiba
menjadi sebak. Aku senang selama berurusan dengannya. Ku yakin orang lain juga
begitu. Begitu mudah pemergiannya bersama zuriat dalam kandungannya itu. Sungguh aku tak sangka tetapi inilah takdir-Nya. Semoga syurgalah tempat kalian. Amin..
(Hidup ini adalah suatu pinjaman dan perjanjian dengan
Pencipta. Tinggal berapakah baki pinjaman nyawa ini yang masih bersisa? Ya
Allah, terima kasih kerana teguran-Mu. Semoga saat pengakhiranku nanti adalah
yang terbaik untuk semua. Semoga ada yang sudi mendoakan kesejahteraan ku
apabila aku sudah tiada di dunia ini nanti. Amin…)