Sunday, September 14, 2014

Baki Tinggal Sisa

Melihat kerusi kosong yang ditinggalkannya, hati tiba-tiba menjadi sebak. Aku senang selama berurusan dengannya. Ku yakin orang lain juga begitu. Begitu mudah pemergiannya bersama zuriat dalam kandungannya itu. Sungguh aku tak sangka tetapi inilah takdir-Nya. Semoga syurgalah tempat  kalian. Amin..


(Hidup ini adalah suatu pinjaman dan perjanjian dengan Pencipta. Tinggal berapakah baki pinjaman nyawa ini yang masih bersisa? Ya Allah, terima kasih kerana teguran-Mu. Semoga saat pengakhiranku nanti adalah yang terbaik untuk semua. Semoga ada yang sudi mendoakan kesejahteraan ku apabila aku sudah tiada di dunia ini nanti. Amin…)

No comments:

Post a Comment