Friday, October 24, 2014

Interview Penguasa Kastam W41 -introduction-

1. Sesat.
2. Sampai awal setengah jam dengan penuh rasa yakin
3. Sempat berborak dengan pembantu panel sekejap sebelum dia masuk ke bilik temuduga semula. (Nak tidur kot, sebab masa tu waktu rehat).
4. Buka fail dan terkejut beruk tengok I/C tak ade dalam tu !! Padahal masa keluar kereta dari tempat parking tadi memang dah check dan confirm ade.
5. Cuba tahan nangis n call husband mintak tolong dia carikan.
6. Tunggu call dari husband dengan jantung yang macam nak pecah !!
7. Husband call n bagi tau yang dia tak jumpa I/C tu. Dah cari kat jalan n setiap pelusuk kereta.
8. Masih gagah tahan nangis n rasa tak puas hati. Jumpa kakak kaunter pendaftaran n ceritakan hal tersebut. Mohon tangguh pendaftaran. 
9. Turun semula n cari sendiri. Dua kali pusing dengan husband tersayang yang layankan je perangai degil aku ni. Sambil-sambil tu dia cuba pujuk aku. Tak payah sedih-sedih kataya...sebab benda dah nak hilang, nak buat macam mana...Aku buat tak dengar je, padahal dalam hati rasa agak terpujuk. Ye la, bukan aku tertinggal pon I/C tu..dah nama pon tercicir..
10. Setelah puas mencari dan tanya pondok polis, pondok jaga dan orang awam, akhirnya terpaksa telan jugak hakikat memang aku kehilangan dokumen yang macam nyawa aku tu.
11. Naik semula ke tempat interview untuk teruskan jugak sesi tu walaupun aku tahu harapan aku memang dah terlalu nipis. 
12. Sabar menunggu giliran sambil tahan air mata yang dah nak jatuh ni, sambil melihat seorang demi seorang rakan seperjuanganku masuk dan keluar dari tempat interview.
13. Salah seorang kakak pendaftaran datang menghampiri dan duduk kat sebelah aku. Dia cuba berborak dengan aku n bagi tips sikit-sikit. Aku ingat lagi ayat terakhir dia, "Adik, jangan lah pressure sangat. Buat macam biasa je. Cuba ceritakan apa yang jadi pada Panel, InsyaAllah dia faham. Adik cuba buat yang terbaik sebab rezeki dari Allah, bukan kat tangan Panel tu." Serius aku terharu! Setitis air mata dah keluar, cepat-cepat aku kesat dan kalihkan pandangan dari mata kakak tu.
14. Tiba giliran aku. Dub Dab!! Dub Dab!! (Ohh, jantungku). "Good Luck, dik!", jerit kakak yang baik hati tu. Aku tersenyum dan mengangguk.
15. Ketuk pintu bilik interview dan melangkah masuk. Pembantu Panel terkejut tengok aku n tanya sebab apa aku lambat masuk sedangkan aku yang paling awal datang. Aku tahan sebak n ceritakan apa yang terjadi. Nampak macam diaorang (panel dan pembantu) faham.
16. Aku duduk setelah dapat kebenaran.
17. Ketua Panel: "Ceritakan tentang diri awak dan latar belakang keluarga awak."
18. Aku pon cerita serba sedikit pengenalan diri dan bila tiba pasal latar belakang keluarga, aku menangis! Ya, ia berlaku terlalu tiba-tiba. Aku sebak entah kenapa dan aku memang betul-betul teresak-esak sampai tak boleh bercakap !! Aku minta maaf kepada panel-panel dan meminta sedikit masa untuk menstabilkan emosi aku. Malu wey! 
 
...

Tu je la yang aku nak cerita dalam part inro ni. Nanti-nantilah aku cerita pasal soalan-soalan tu ye? Bubye!

#Saat ni, aku hampir pasti Panel tak akan memilih ku untuk jawatan itu. Pegawai Kastam yang gembeng?? Mana mungkin....



3 comments:

  1. sindrom nak period ea? ku kalo mak call mcm slalu o bos tegur mcm biasa tp tbe2 rsa panas je air mata nk kluar..mmg bbpe hri pastu tu period la.. ;)

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete