Bila kata hati ditelan sendiri dan kata mereka diambil
peduli, adakah dapat ditutup mulut-mulut tempayan tu semua? Opps, silap. Mulut
tempayan masih boleh ditutup, tapi mulut-mulut “mereka” siapa yang dapat tutup?
Lantas, untuk apa difikirkan kata-kata mereka itu semua? Sedang mereka
berkata-kata dan sibuk mengata-ngata, mereka tak sedar yang mulut mereka sebenarnya
berbau busuk. Kesian. Kalau tak busuk di dunia, pasti busuk di akhirat. Ohh,
lagi kesian ! Kesian hatinya tuli. Si busuk mulut yang tuli hatinya itu lupa daya seorang hamba adalah terbatas, sedangkan yang berkuasa hanyalah Allah. Oh Allah, ampuni aku.
AKU HANYA MANUSIA HINA YANG HIDUP DI ALAM MAYA BERTEMANKAN KATA-KATA YANG MATI DI DALAM HATI
Tuesday, August 13, 2013
Monday, May 13, 2013
Bila lagi nak jadi satu ?? -updated-
Tengok cina bersatu, melayu pembangkang nak terus bersorak
ke? Tak lama lagi, India pulak join sama. Kepada UMNO, terimalah hudud sebab itulah yang terbaik, bukan hanya untuk
Muslim, tetapi juga untuk penganut agama lain. Kepada melayu pembangkang,
cubalah rendahkan sikit ego…jangan hanya pandang buruk je pada UMNO tu. Cuba
tengok kepada segala pembangunan yang telah UMNO lakukan selama menjadi
pemerintah. Cubalah UMNO dan melayu-melayu pembangkang duduk semeja, dan
kembali kepada ajaran Islam yang sebenar. Kononnya Malaysia ni negara Islam,
tapi kenapa perlu ambil sebahagian je dari ajaran Islam tu, sebaliknya yang
separuh lagi ditolak? Kepada pemimpin UMNO, terimalah kenyataan bahawa Islam
sahajalah satu-satunya cara untuk Melayu menjadi lebih kuat. Macam mana nak
jadi pemimpin kepada rakyat, sedangkan isteri yang seorang pon tak dapat
dipimpin? MCA dan MIC tu memang penting dalam BN bagi memastikan mereka (kaum minority)
tak terasa hati dengan kita, sebab mereka pon orang Malaysia. Tapi, bila mana
mereka sendiri sudah perpaling tadah, apa gunanya kita pujuk-pujuk? Takut nanti
jadi api dalam sekam je. Kita hidup di Bumi Malaysia yang majoritinya adalah
Melayu Muslim. Jadi, janganlah persoalkan hukum hudud tu. Memang tak salah
untuk laksanakannya. Bukankah agama Islam tu agama rasmi Malaysia? Rasanya Bumiputera Sabah Sarawak pon dah makin ramai yang menganut agama Islam. Kalau yang
bukan Islam tu tak dapat terima hukum Allah ni, apa yang diaorang boleh buat? Nak
memberontak? Nak perang? Kalau dah macam tu, kita jihad je lah. Mati masuk
syurga. Tak payah nak pening-pening kepala. Bila lagi nak tengok Malayu
bersatu? Kembalilah kepada Islam… Ya Allah, Engkau lindungilah bumi Malaysia.. Amin…
Sunday, May 12, 2013
ORANG BONGKAK SELALU RUGI
Sudah-sudah lah dengan "racist" bagai...hampir nak kalah dah, tapi masih tak nak amik iktibar. Tak habis-habis dengan gaya ala-ala aku-pemimpin-disegani-teragung-terulung. Tolong lah...kalaupun risau nak kira jumlah kerugian, tak payah lah nak tunjuk sangat...
Mood: MELUAT ~
p/s - rasanya tajuk entry kali ni macam ada yang tak kena. Kalau tukar "bongkak" kepada "BONGOK" lagi sesuai kut. Tapi, budi bahasa budaya kita ~ :D
Mood: MELUAT ~
p/s - rasanya tajuk entry kali ni macam ada yang tak kena. Kalau tukar "bongkak" kepada "BONGOK" lagi sesuai kut. Tapi, budi bahasa budaya kita ~ :D
Saturday, May 4, 2013
Monolog
Saya kira saya sudah dewasa dan saya mampu membuat pilihan. Tapi saya tak tahu lah sama ada pilihan ni tepat atau tak...but I've to take the risk !
Tapi kan, gambar rajah kat bawah ni buat saya keliru lah...saya nak pilih B, tapi saya tak mahu pilih A dan C. Boleh ke?
Entah la...macam tak boleh je kan? Sebab, ada sebahagian dari A, B dan C telah bersatu dan membentuk daerah D.
Atau, mungkin juga A, B dan C yang memang sah lahiriah dan rohaniahnya adalah berbeza, telah bersatu, bersatu, dan bersatu, sampai hilang rupa bentuk asalnya, macam gambar kat bawah ni.
Macam anak gajah jer? tapi, macam Bulldog pon ade gak. Erk ~
Lor, dah macam mane ni? Saya memang nak pilih B. Tapi, mana satu B tu? yang segi tiga ke? atau yang petak tu? ataupun yang bulat??
Alamak...takut salah pilihlah.. :/
Friday, March 22, 2013
Selamat tinggal...
Aku perlu kuat. Mungkin ini yang terbaik buat ku. Walau apa
yang berlaku, aku perlu kuatkan tekad. Ya, aku nekad. Tabahlah wahai hati…
Perlu ku gagahi diri ini…aku perlu pergi dan membawa diri
jauh darinya. Semoga aku cekal…Setiap hari yang bakal menjelma harus berlalu tanpanya.
Selamat tinggal, Nescafe..
:(
Tuesday, March 12, 2013
JPE XYXZ
Hehehe..
gara-gara dia ni, kami pening kepala.
gara-gara dia ni, kami tak boleh tido
dan gara-gara dia ni juga lah muka kami ketat semacam. :)
Tapi, tu semua cerita dulu..
kisah sebelum si dia ni hadir dalam hidup kami, dan sah menjadi milik kami..
Ingat lagi kali pertama kami berdiri di depannya,
kami saling pandang-memandang sambil tersenyum sama sendiri,
tak cukup dengan tu, kami saling usik mengusik.
Entah kenapa, hati ni rasa lega dan puas hati sangat.. :D
Dan malam tu adalah malam yang indah buat kami..Alhamdulillah...:)
(mengimbau kenangan kehadiran ahli baru dalam keluarga kami, baby ALZA...siap pakai skirt lagi. cun sangat! heeee :D )

Tuesday, January 29, 2013
Tak Tahu.
Assalamualaikum...
Jom senyum !!
Hehe :D
Ku rindu untuk menulis, tetapi tiada apa yang menarik untuk dikongsi.
Rasa nak cari kerja baru je. Erkk, tiba-tiba pulak kan? Haha ;)
Hurmmm, cukuplah setakat ni dulu. Sekadar menjenguk rumah illusi ni. Moga nanti-nanti akan diberi peluang lagi untuk menulis.
Wassalam...
Nota hati: Semoga debaran ini akan berakhir dengan berita gembira yang kami nantikan. Amin. Sesungguhnya Allah tidak menguji seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya. Sesungguhnya sabar itu indah, andai disulami dengan redha dan percaya dengan aturan-Nya. ;)

Subscribe to:
Posts (Atom)